Tuesday, 14 March 2017

MAC datang lagi

Pada tarikh ini, tahun lepas CIK JAU ambil keputusan untuk bercuti di kampung. Meluangkan masa bersama arwah nenek (MEK) dan atuk (AYAH). CIK JAU cuti seminggu, 12-20 Mac. Tetapi, 18 Mac CIK JAU dah kembali ke KL, konon2 nak berehat dan tak nak menghadap jem memandangkan masa tu, cuti sekolah hampir ke penghujungnya.

Namun, kira2 jam 1 petang, 19hb CIK JAU bersama keluarga mak sedara yang menetap di Shah Alam terpaksa pulang ke kampung semula, sebaik menerima berita AYAH rebah dalam bilik air ketika ingin solat Subuh di samping muntah darah. Menempuh perjalanan dalam keadaan masih penat dan jalan jem, kami hanya sampai di Hospital Pasir Mas kira2 jam 8.30 malam.

Ketika sampai, keluarga CIK JAU dari Perak dan sanak saudara lain dah ramai yang berkumpul di situ. AYAH masih lagi di Wad Kecemasan. Masa CIK JAU sampai, arwah nenek (MEK) baru balik rumah untuk berehat. Dan, selepas AYAH dipindahkan ke wad kira2 11 malam, CIK JAU ambil keputusan untuk menjaganya. Masih terbayang2 di ingatan, dengan kudrat CIK JAU yang tak seberapa dan keletihan, perlu memapah AYAH ke tandas dan menyaksikan bagaimana darah yang banyak keluar ketika AYAH nak membuang air besar. Hanya rasa nak buang air besar, tetapi darah merah kehitaman jer keluar...agaknya hampir sebaldi. Walaupun mabuk darah, CIK JAU gagahkan juga untuk membersihkannya. Memang tak dapat dilupakan.

Hmmmm, sepanjang AYAH di hospital kami bergilir2 menjaganya. Dan, memandangkan CIK JAU sepatutnya menyerahkan kertas soalan FINAL EXAM pada 21 MAC, CIK JAU menyiapkannya di dalam wad. Malah, besday CIK JAU tahun lepas juga dibiarkan begitu jer tarikh berlalu di hospital dalam keadaan stress memandangkan menerima tekanan yang meminta agar CIK JAU kembali ke KL dan menyerahkan soalan FINAL EXAM by hand. KEJAM kan?? Tapi, CIK JAU hanya mampu hantar menerusi emel dan meminta seorang Pensyarah Senior untuk tolong print dan serahkan kepada pihak berkenaan yang pada ketika itu CIK JAU anggap tidak berhati perut.

Sehari selepas besday CIK JAU, iaitu pada 23 Mac, Ayah discharge. Malam sebelum tu, CIK JAU dan berbincang dengan mak sedara yang di Shah Alam untuk menghantar AYAH dan Mek ke Perak bagi dijaga oleh Mama buat sementara waktu sehingga Ayah pulih.

Selepas discharge kira2 jam 12.30 tengah hari, kami pulang ke rumah mengemas dan solat Zohor dan terus ke Perak. Kami terpaksa pulang ke KL hari itu juga. Dah kebetulan kami dah amek cuti sebelum ayah sakit, tak dapat lagi nak teruskan cuti bagi tempoh lebih lama.

25 hb Mac, CIK JAU niat untuk raikan besday CIK JAU. Jadi, di sini CIK JAU ke Shah Alam, order dua biji kek dan makan2 dengan family mak sedara di sana. Manakala, di Perak, CIK JAU minta adik no 3 yang ketika itu bekerja di Pulau Pinang untuk membeli kek dan bawa balik ke GERIK. Untuk semua merasa... Selepas seminggu atuk dan arwah nenek di Perak, atuk makin pulih, tetapi arwah nenek pula sakit. Dua minggu mereka di Perak, arwah MEK minta untuk pulang ke kampung. Mama dan adik CIK JAU terpaksa bawa balik dan diletakkan bawah jagaan bapa sedara. Selepas sebulan sakit, akhirnya CIK JAU kehilangan arwah nenek kesayangan pada 29 April 2016...(CIK JAU) akan ceritakan pada masa akan datang.Insya Allah. Kini, ayah tinggal sendirian di kampung tanpa suara riuh rendah arwah mek.

Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment