Puisi buat seorang teman.
Tulus ikhlas daripada CIK JAU.
Moga beliau tabah menghadapi dugaan.
========================================================================
JERITAN SESALAN
Dari redup matamu
terpancar wajah suram
bagai dirundung duka
menangisi kisah silam.
Kulihat,
matamu tak bisa menipu
menterjermah keluh kesah di lubuh hati,
mempamer sesalan tidak bertepian,
mengkhabarkan duka dan kecewa.
Wahai teman,
percayalah!
tiada hidup tanpa derita,
teguklah dengan ketabahan,
moga dirimu redha dengan ujiannya.
Buang egomu,
tadah tangan memohon pertolonganNya,
pasti jeritan batinmu didengari,
jangan terus menyalahkan takdir,
jangan ditangisi kisah silam.
Doaku, buatmu teman...
agar masa kelammu,
kembali bercahaya,
biar ia menerpa,
membawa sinar bahagia,
untuk kembali mengecap bahagia bersamanya.
NUKILAN TULUS IKHLAS,
JAUHARIATUL AKMAL JOHAR
21/3/2017 , 9.00 malam.
No comments:
Post a Comment