Assalamualaikum...
Tujuan kita berniaga untuk MEMBANTU orang.
DUIT bukan matlamat utama dalam berBISNES.
Terapkan NIAT sebegitu.
Insyaa Allah, dari situlah akan timbulnya keikhlasan.
Menjalankan BISNES bukan sahaja dapat membantu diri sendiri dan keluarga, malah dapat membantu orang lain terutamanya pelanggan. MEMBANTU pelanggan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Apa sahaja bisnes yang dilakukan adalah penyelesaian kepada masalah dan keperluan orang ramai. Fikirkan bisnes in dilakukan sebagai platform untuk membantu lebih ramai orang, bukan sekadar mengaut keuntungan. Berniaga secara halal dan mengikut syariat yang ditetapkan dalam Islam.
Rezeki datangnya dari Allah dan kita juga perlu berusaha untuk MENJEMPUT REZEKI...Dah dapat REZEKI, perlu berkongsi dengan golongan memerlukan melalui zakat atau sedekah.
Cik Jau.
No comments:
Post a Comment